PROMOSI HEBAT!!!
SEMUA PEMBELIAN DI 4LIFE GROUP HANYA AKAN DIKENAKAN
"HARGA AHLI / HARGA BORONG!!!"
CEPAT, REBUTLAH PELUANG INI!!!.
BELI SEKARANG!!!

- KLIK SINI UNTUK PEMBELIAN -
Selamat Datang Ke Laman Blog 4Life Group. Dapatkan Segala Info Lengkap Tentang 4Life Transfer Factor Disini. Terima Kasih!

Thursday

Pengguna 4Life Transfer Factor Disiarkan di Akhbar Kosmo

NORLINA (kanan) memberikan Hatika dan Zainuddin (kiri) makanan tambahan di rumah KBNAB, Bukit Cheras Baru, Kuala Lumpur kelmarin.

Anak HIV Terbela di KBNAB

4lifegroup.blogspot.com

Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my
Rabu, 31 Ogos 2011

KUALA LUMPUR – “Saya tidak sedih walaupun menghidap HIV kerana ada mama yang sayang dan jaga saya.

Demikian luahan Siti Noor Hatika Abdul Rahman, 14, yang merupakan penghidap HIV sejak berumur lima tahun dan kini menjadi anak angkat kepada Norlina Alawi yang juga Presiden merangkap Pengerusi Keluarga Besar Norlina Alawi Berhad (KBNAB).

Siti Noor Hatika merupakan anak kepada pasangan penagih dadah yang telah meninggal dunia akibat penyakit AIDS.

Pada mulanya, Siti diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Kulim kerana ahli keluarga terdekat enggan membelanya selepas disahkan HIV positif.

Dia yang mempunyai seorang abang, Mohd. Sabri, 16, yang turut tinggal di KBNAB meluahkan perasaan gembira kerana berpeluang menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat yang lain.

“Dahulu, sewaktu sekolah rendah selalu rakan-rakan ejek saya malah guru-guru pun ada yang tidak mahu salam,” katanya yang sering menangis sewaktu pulang dari sekolah.

Namun kini semuanya sudah berakhir walaupun stigma jijik pada mata masyarakat tidak pernah padam, Hatika atau nama manjanya Mak Jang kini semakin bahagia bersama keluarga besarnya itu.

"Sebelum ini saya tidak kenal huruf dan tidak boleh membaca tetapi bila mama hantar pergi sekolah, saya sudah pandai. Saya janji akan balas jasa mama," jelasnya.

Dia yang belajar di Sekolah Menengah Pandan Mewah, Ampang dalam tingkatan dua kini hanya mengambil makanan tambahan iaitu 4Life Transfer Factor sebanyak 45 biji sehari.

Dalam pada itu, Norlina turut mempunyai seorang lagi anak angkat penghidap HIV iaitu Zainuddin Abdullah, 3, tetapi dua anak lain yang pernah dijaganya telah meninggal dunia iaitu Mohd. Amir Hamzah Azhar, 11, dan Nor Murni Shahidi, 9.

Jelasnya, walaupun Hatika dan Zainuddin penghidap HIV namun mereka tidak diasingkan malah dilayan sama seperti anak-anak yang lain daripada segi pendidikan, pemakanan dan kesihatan.

"Anak-anak saya seramai 33 orang termasuk anak kandung telah diajar supaya saling menyayangi seperti adik beradik sendiri," katanya.


sumber : Kosmo Online

Related Post

No comments: