Transfer Factors and Your Immune System
4Life Transfer Factor Malaysia- The Immune System Company - Fungsi sistem imun anda adalah menjaga kesihatan anda, mengumuhkan sisa selular dengan cepat, dan menghalang organisma merbahaya daripada mencerobohi dan berganda di dalam badan. Secara amnya, sel imun melakukan tiga perkara: mengenalpasti, bertindak balas, dan mengingati ancaman kesihatan.
Transfer factor merupakan asas kepada produk-produk Tri-Factor® Formula dimana ia membantu sistem imun bertindak dengan lebih pintar dan pantas.
Apakah itu Transfer Factor?
Transfer Factor adalah molekul protein kecil yang didapati dalam sistem imun semua mamalia yang lebih tinggi. Transfer factor memindah informasi dari satu sel imun ke sel imun yang lain. Informasi ini mendidik sel imun yang baharu tentang cara berfungsi secara kekal. Dengan fungsi mengenalpasti, bertindak balas and mengingat yang lebih baik, sel-sel imun dapat berfungsi dengan lebih pantas dan berkesan.
Transfer factor membantu sistem imun mengenalpasti, bertindak balas dan mengingati ancaman kesihatan.
Di mana kita boleh mendapatkan Transfer Factor?
Alam semula jadi mempunyai cara yang sempurna untuk membantu haiwan yang baru dilahir kekal sihat. Ibu memberi informasi imun yang penting (dikumpul dari pengalamannya) kepada bayinya yang baru dilahir dalam masa beberap hari pertama yang kritikal. Mamalia memberi informasi imun melalui susu awal ibu atau kolostrum, manakala haiwan lain memberi informasi ini melalui kuning telur.
Ayam dan lembu yang tinggal di kawasan luar terdedah kepada pelbagai kuman, jadi sistem imun mereka mesti berjuang untuk memastikan mereka sihat. Molekul transfer factor dapat dipindah dengan selamat kepada manusia (tanpa kehilangan fungsinya) menjadikan kolostrum lembu dan kuning telur ayam sebagai sumber terbaik untuk sokongan sistem imun.
Dari mana asalnya 4Life Transfer Factor®?
Pada hujung 1980-an, sekumpulan penyelidik menemuni transfer factor dalam kolostrum lembu dan mempatenkan process pengekstrakannya. Selepas menjalankan penyelidikan sendiri, Pengasas 4Life David dan Bianca Lisonbee menubuhkan 4Life® pada tahun 1998 untuk berkongsi 4Life Transfer Factor dengan seluruh dunia.
4Life memiliki paten bagi kedua-dua pengekstrakan transfer factor daripada kuning telur ayam dan kombinasi kuning telur ayam dan kolostrum lembu. Terdapat beberapa perbezaan antara transfer factor dari kolostrum lembu dan kuning telur ayam.
Apakah perbezaan antara 4Life Transfer Factor dengan produk-produk lain?
Hari ini, kebanyakan produk untuk sistem imun (vitamin, mineral dan herba) mempunyai satu perkara yang sama dimana ia memberi nutrisi yang sementara. Tetapi, penyelesaian jangka masa panjang untuk tindak balas sistem imun yang aktif dan seimbang adalah informasi.
4Life Transfer Factor bertindak dengan sistem imun anda secara unik. Ia mendidik sistem imun anda mengenalpasti, bertindak balas dan mengingati penceroboh yang merbahaya. Membekalkan sistem imun dengan informasi yang penting adalah satu inovasi yang hebat dan hanya 4Life Transfer Factor memanfaatkan pendekatan yang inovatif ini.
Fajridil Adha Bin Asral
4Life International Diamond
EmoticonEmoticon