4Life Transfer Factor Malaysia - The Immune System Company | Selamat Datang Ke Laman Blog 4Life Group. Dapatkan Segala Info Lengkap Tentang 4Life Transfer Factor Disini | PROMOSI HEBAT!!! Semua Pembelian Di 4Life Group Dijual Pada HARGA AHLI / HARGA BORONG. Cepat, Rebutlah Peluang Ini. BELI SEKARANG!!! | Klik Disini. Terima Kasih!

Tips dan Panduan Kejayaan

foto Tips dan Panduan Kejayaan

Tips dan Panduan Kejayaan

4lifegroup.blogspot.com - 4Life Group mewujudkan peluang perniagaan yang begitu unik dan mempunyai khazanah yang terlalu berharga, hanya terbuka kepada mereka yang betul-betul inginkannya. Keinginan untuk berjaya adalah impian kebanyakan manusia. Tanpa melibatkan risiko yang tinggi, anda sebagai rakaniaga mampu menikmati imbuhan yang kami sediakan dengan syarat mempunyai kesungguhan dan melaksanakannya.

Bagi memudahkan rakaniaga mensasari kejayaan, berikut diberikan garis panduan untuk membantu ke arah mencapai matlamat anda!

A. MENYEDIAKAN DIRI SEBAGAI RAKAN NIAGA YANG DINAMIK

Bagaimana caranya ?

Mempunyai keyakinan pada diri sendiri
1. Ini merupakan prinsip utama kejayaan seseorang
2. Perlu yakin dan berani, "Anda boleh sebab anda berani"

Memiliki sifat penyabar
1. Mahukan sesuatu yang banyak dalam masa yang secepat mungkin tanpa bersusah payah bukanlah konsep MLM yang sebenarnya.
2. Anda perlulah bersabar dalam proses membina perniagaan MLM dan tabah menghadapi segala bentuk kesusahan sebelum memperolehi kesenangan.

Memperuntukkan masa
1. Gunakanlah masa yang terluang setiap hari untuk aktiviti perniagaan kerana MLM tidak memerlukan masa yang banyak tetapi masa yang panjang. Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.
2. Janganlah membazir masa begitu sahaja hanya untuk mengeluh sentiasa tidak kecukupan wang.

Mempunyai kemahuan
1. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
2. Ini akan membuahkan komitmen anda untuk mencapai kejayaan.

Berkerja dengan bijak
1. Perlu mempunyai stategi dan perancangan dan seterusnya melaksanakannya.
2. Tentukan matlamat, rancangan bagaimana untuk mencapai matlamat dan tempoh masa untuk sampai ke matlamat. Kemudian lakukan!

Membina imej professional
1. Imej yang sopan, kemas dan berpengetahuan akan lebih diyakini oleh prospek atau pengguna

Bersedia untuk menyukai orang
1. Orang ramai merupakan aset yang paling berharga di dalam perniagaan kerana merekalah bakal pelanggan dan tajaan anda.
2. Manusia suka dihormati, dipercayai, didengari, dipuji, diberi perhatian, dipentingkan dan tidak diarah atau dipaksa.

Menjadi peramah dan cepat mesra
1. Pengiklanan yang paling murah dan cara untuk mengembangkan perniagaan ialah dengan rajin membuka mulut
2. Tidak ada malu-malu di dalam MLM untuk bercakap samada di hadapan prospek ataupun di khalayak ramai.

Bersedia untuk belajar dan mengajar
1. Di dalam kerjaya apa sekalipun, anda perlu mempunyai ilmu. Bidang MLM memerlukan sekurang- kurang pengetahuan tentang produk dan kemahiran di dalam penerangan pelan pemasaran.
2. Rakaniaga yang ilmuwan akan lebih dikagumi dan dipercayai oleh bakal pelanggan dan prospek tajaan anda.
3. Hadirilah sebarang kursus yang dianjurkan oleh syarikat kerana ini begitu penting untuk anda menimba ilmu bagi membina keyakinan (convincing power) apabila berhadapan dengan bakal pelanggan atau tajaan anda.

Menyediakan bahan asas
Manusia mempunyai 3 deria asas untuk mudah di yakinkan:
1. Telinga- Berkongsi ilmu tentang produk, kegunaannya, keberkesanannya dengan memberi contoh testimonial yang ada.
2. Mata- Sediakan dokumen seperti brosur, katalog, majalah, gambar testimonial yang boleh ditunjukkan
3. Rasa- Sediakan sampel produk yang boleh di rasa oleh bakal prospek atau pengguna.

Sentiasa bawa bersama bahan asas tersebut ke mana-mana anda berada dan seboleh-bolehnya adakan juga starterkit, dokumen photostat (spt. artikel akhbar, testimonial dll), borang ahli dan produk yang berlebihan yang terus boleh diberi kepada pelanggan atau tajaan anda supaya mereka tidak tertunggu-tunggu atau merubah fikiran

B. PANDUAN KEJAYAAN

Untuk memajukan diri dalam perniagaan MLM, setiap individu itu harus mempunyai pengetahuan didalam elemen-elemen penting berikut:

Menjual
Menjual merupakan elemen utama dalam sebarang bentuk perniagaan. Perniagaaan yang berteraskan penjualan akan bertahan lama dari yang mementingkan penajaan. Pada peringkat awal, anda perlulah menguntukkan sekurang-kurangnya 80% dari masa anda untuk jualan dan selebihnya untuk menaja dan membina kumpulan. Dari prospek jualan seterusnya akan mewujudkan peluang anda untuk menaja dan mengembangkan perniagaan anda. Untuk memulakan jualan, terdapat beberapa persediaan yang perlu anda amati :


Persediaan
1. Mempunyai sikap sabar dan jujur
2. Menjadikan konsep menjual diri sendiri (diri sebagai contoh) sebelum menjual produk.
3. Jangan berprasangka sesuatu terhadap prospek sebelum mencuba
4. Bersemangat kesederhanaan dan tabah dari wajah dan gerak geri.
5. Menyediakan alat-alat penting bersama anda (pen, borang, kertas, produk sampel, brosur dan flyer tentang perniagaan anda, produk, artikel dll)


Memulakan Jualan
1. Mulakan menjual kepada kenalan rapat, kawan, keluarga dan saudara mara
2. Lakukan secara informal dengan intonasi suara yang relax, tidak menekan, jangan terlalu laju atau pun perlahan dan sentiasa memberikan senyuman.
3. Jangan mendesak tapi menggalakkan.
4. Mencari timing yang sesuai
5. Timbulkan minat kepada prospek kerana anda menjual sesuatu untuk seseorang dan bukannya kepada seseorang. Fikirkan bagaimana untuk memenuhi kehendak dan keperluannya.


Teknik
1. Dapatkan perhatian prospek untuk melihat dan mengetahui lebih lanjut tentang produk anda.
2. Buatkan pembeli merasakan mereka penting dengan mendengarkan keperluan mereka.
3. Jangan potong cakap. Tunjukkan minat, pandang ke mata mereka (fokus) supaya mereka merasakan diberi perhatian dan posisi badan ditundukkan ke hadapan ke arah pembeli supaya wujud rasa mesra dan tidak asing.
4. Menanamkan minat pembeli. Memberi sebab, sebab dan sebab (produk berkualiti, harga kompetitif,boleh menghubungi anda bila perlu, bersedia memberi servis, bersedia membantu dan menyokong selepas jualan).
5. Menerangkan faedah, faedah dan faedah. Tukarkan kelebihan produk kepada faedah.
~ Contoh PGPV mengandungi Beta carotene(kelebihan) sementara faedahnya ialah dapat mengurangkan risiko kanser, salurdarah tersumbat dan melewatkan penuaan ~
6. Memberikan keyakinan pada pembeli spt memberikan jaminan produk boleh dikembalikan jika tidak berpuas hati.
7. Membayangkan kerugian jika tidak membeli.
8. Menambahkan keinginan untuk membeli sekarang di samping memberi peluang pembeli untuk menyoal perkara yang tidak faham.
9. Menutup jualan.


Mengatasi penolakkan
1. Selalu timbul di atas sebab penerangan dan kefahaman yang diberikan tidak jelas
2. Berikan semula faedah di samping membuatkan pembeli merasa penting dan di hormati.
3. Jangan sesekali mendesak.

Konsep cuba dulu, baru tahu.


Menaja
Proses penajaan adalah perlu untuk mengembangkan perniagaan dan network anda. Penajaan yang ditekankan di sini ialah penajaan berkualiti dan bukannya kuantiti. Anda perlulah memastikan bakal tajaan anda itu menjadi ahli di atas minatnya sendiri (bukan paksaan) kerana tertarik dengan penerangan anda yang jelas. Dan seterusnya membimbing mereka supaya dapat meniru anda.


Prospek tajaan
Orang yang suka bekerja keras dan tidak kenal erti kegagalan.
Orang yang mempunyai matlamat hidup
Berminat untuk belajar dan memajukan diri.
Suka bertanding dan memastikan kemenangan.
Suka bergaul dan sosial.
Boleh mengajar dan memiliki sifat kepimpinan.
Yang mempunyai rekod baik dalam bidang yang lain

Menaja
Pembuka kata dan cuba dapatkan ya (persetujuan)
Penerangan tentang produk dan memberi sampel jika perlu
Penerangan tentang peluang perniagaan (bagaimana utk mendapatkan wang dan imbuhan)
Penerangan tentang syarikat (kekukuhan dan keunikkan syarikat)
Penerangan tentang MLM dan faedahnya
Memberi keyakinan (latihan disediakan oleh syarikat, bergerak dalam satu pasukan dll)
Menceritakan tentang orang yang berjaya dalam MLM
Menutup dengan menyimpulkan dengan ayat membina
Mengendalikan penolakan

Memberi Servis
Sama ada anda menjual ataupun menaja, perkara yang perlu disusuli ialah membuat follow up. Ini akan memberi satu kepuasan kepada pembeli atau rakan tajaan anda supaya terus membeli atau mengembangkan tajaan di bawah rangkaian anda. Di ketika ini juga anda perlu membuat pembahagian prospek yang ada samada akan terus menjadi pembeli atau bakal menjadi tajaan. Follow up perlulah di buat dalam masa 3 hingga 7 hari.


Selepas jualan
Menghantar produk ke rumah dan mengucapkan terimakasih (ataupun nota terimakasih dan cara menghubungi anda). Memastikan teknik menggunakan produk yang betul. Membuka ruang untuk menyelesaikan masalah dan pertanyaan. Memperkenalkan produk baru di samping repeat sale yang ada. Menaja jika berpotensi atau jika perlukan harga yang murah.
Menawarkan diri untuk membuat demo di premisnya.

Selepas penajaan
Menyelesaikan masalah atau perkara yang tidak difahami. Menerangkan cara untuk berjaya dalam MLM. Kenalkan stokis berhampiran dan cara untuk berurusan (seperti mendapatkan borang, mengisi borang ahli, mendapatkan starter kit dll) seterusnya memberi bimbingan untuk membuat demo

Membina Kumpulan
Kejayaan dalam MLM adalah sebenarnya kejayaan dalam membina kumpulan. Setelah beberapa lama anda aktif menjual, konsentrasi anda seterusnya perlu di alih kepada melatih dan membina kumpulan yang mungkin mengambil 80% dari masa anda. Membina kumpulan juga samalah dengan membina manusia yang menyerupai anda yang seterusnya akan melakukan sepertimana anda lakukan. Proses duplikasi inilah yang akan menentukan kejayaan sesuatu pemimpin.


Memberi contoh yang baik kepada kumpulan anda (role model)
Mengenalpasti bakat pemimpin tajaan anda
Melatih pemimpin dan kumpulannya mengenai selok belok perniagaan.
Mengenali sehingga ke 4 generasi anda.
Membina tali persaudaraan yang rapat.
Sentiasa memberikan perangsang dan kata-kata pujian
Mewujudkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap produk dan syarikat.
Jangan terlalu menjadi hero, latih mereka supaya berdikari untuk mengendalikan perniagaan ataupun kumpulan sendiri.
Dalam melaksanakan ini, jangan sesekali mengarah tapi pimpinlah kumpulan